Monday, August 8, 2011

pukau???


Assalamualaikum w.b.t

salam ramadhan buat semua umat Islam serata dunia...moga puasa dan amalan kita diterima...
baru-baru ini ak dikejutkan dengan berita yang kurang senang...ade diantara kenalan terdekat ak baru terkena pukau...
pukau?? untuk yang tidak tahu apa itu pukau...sila baca sedikit info tentang pukau yang ak ambil dari sini...yang dah tau, skip jela...hee...


SIHIR PUKAU
TANDA-TANDA TERKENA SIHIR PUKAU:
  • Melihat sesuatu tidak sebagai sebenarnya seperti melihat benda kecil menjadi besar atau sebaliknya.
  • Melihat wajah yang cantik menjadi buruk atau sebaliknya.
  • Menjadi bingung, tidak boleh bercakap dan menuruti permintaan seseorang walaupun tidak dengan kerelaan hati.
  • Tidak sedar akan diri sendiri walaupun ditanya sesuatu yang berkaitan tentang dirinya
  • Rasa mengantuk yang terlalu luar biasa.
  • Rasa begitu tertekan sehingga fikiran menjadi buntu.
  • Rasa benci terhadap orang yang patut disayangi seperti suami isteri.
  • Rasa kasih yang keterlaluan terhadap seseorang.
  • Berjalan menuju ke suatu tempat dalam keadaan tidak sedar atau ketika tidur.
PUKAU BOLEH BERLAKU MELALUI:
  • Hembusan asap rokok.
  • Tenungan mata.
  • Perbualan.
  • Minuman
  • Handphone (percakapan dan sms).
  • Membuang najis dan membuang pakaian buruk di hadapan rumah.
em..bulan2 puasa pon hal macam ni still berlaku...dan yang paling pelik dan menyedihkan tu, yang buat tu orang melayu...tapi tak tau la pulak agamanya...wallahualam...

dan disini ak nak berkongsi ayat ataupon boleh dijadikan zikir amalan sebagai pendinding diri...bukan setakat pendinding dari jin dan syaitan tapi jugak dari sesuatu yang mungkin memudaratkan kita...atau dari kejahatan manusia itu sendiri...insyaAllah...

sebabnya dalam Al-quran sendiri Allah s.w.t. berfirman dalam surah An-Naas:

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
1. Katakanlah: "Aku berlidung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia.   
2. Raja manusia.
3. Sembahan manusia.
4. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi,
5. yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia,
6. dari (golongan) jin dan manusia.

An Naas yang dimaksudkan dalam ayat ini bermaksud manusia. surah ini menganjurkan agar manusia berlindung kepada Allah s.w.t. dari segala kejahatan yang datangnya bukan shaja dari jin, tetapi juga manusia..

disini zikir amalan yang sy nak kongsikan...


9. Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.                     (surah Yaasin)


Kaedah baca :

1. Setelah baris pertama dibaca, niatkan untuk pendinding di hadapan
2. Setelah baris kedua dibaca, niatkan untuk pendinding di belakang
3. 20x setiap kali solat 5 waktu
4. Dibuat selama 10 hari
5. Jumlah sebanyak 1000
6. Jadikan zikir harian walaupun telah sembuh
 
info ini sy ambil di sini ..

sy jugak teringat pada 1 kisah ni...kisah ni dalam rancangan tv ape tah dah lupe...
tapi die sangat berkait dengan ayat @ zikir diatas...

dikisahkan bagaimana seorang lelaki yang beragama budha kalau tak silap, boleh terbuka hatinya disebabkan ayat ini...
pada 1 hari tu, lelaki ini dikejar oleh beberapa orang yang ingin memukulnya disebabkan waang yang dipinjam tak berbayar @ ape sy tak ingat...tapi die dikejar la...then die menyorok di 1 tempat...n tibe2 die teringat ade seorang kawan muslimnya pernah tuliskan untuk die ayat diatas tapi dalam rumin la rasenye kan..die cakap kalau susah bace la...dan pada waktu tu jugak, die pon bace ayat tu, n dengan serta merta orang yang kejar die tu tadi terus tak dapat jumpa n nampak die walaupon kalu nak diikutkan doirang dah boleh nampak dah lelaki ni tadi...
subhanallah... betapa indahnya ayat2 Allah...indahnya caturannya...
sejak itu die memeluk islam...

itu kisah yg sy tak kan lupa sampai bila2...

pesanan buat sy n juga teman2...=)

0 comments:

Post a Comment

 

My Blog List

Term of Use

(,") m@t@kU (",) Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino