"antara garisan" adalah cerita lama tapi mungkin kerna aku terlalu suka dengan mesej yangdisampaikan melalui kisah ini jadi ku ingin kongsikan disini..
"Antara Garisan", sebuah karya hebat Shahrulezad Mohameddin yang telah ditayangkan pada 5 September 2009 menerusi rangkaian Astro Ria. Telefilem istimewa Ramadan ini diterbitkan oleh Raduis One mengisahkan 2 watak hebat lakonan Norkhiriah (Ayu) dan Sharifah Armani (Veeda). Kedua-dua mereka merupakan adik beradik sepupu kalau tak silap, tetapi berlainan sikap dan personaliti di mana Ayu merupakan seorang GRO yang bekerja di kelab malam manakala adiknya Veeda, merupakan muslimah sejati yang mempunyai perilaku yang baik budi pekertinya, menutup aurat dan berpegang teguh dengan agama Allah swt.. namun pada akhir cerita ini Veeda turut hanyut dengan godaan syaitan..
veeda masih bersekolah dan sedikit konflik mula timbul apabila Veeda semakin meningkat usia mula mempertikaikan soal halal haram wang perbelanjaan sekolah yang ditanggung oleh kakaknya iaitu seorang GRO..
Kelakuan manusia menerusi perbezaan darjat agama dipaparkan menerusi watak seorang ustaz muda, Ustaz Arman (lakonan Ismail Abd. Aziz) yang terlalu fanatik dengan ajaran islamnya dan terlalu taksub untuk berjihad sehingga sanggup menghukum kesalahan manusia lain menurut hawa nafsu syaitan ( Isma Yusoof memegang watak Syaitan yang berselindung dengan jubah putih)..

Antara Garisan adalah satu kisah yang membawa mesej yang baik dimana kisah ini banyak berlaku juga dalam masyarakat kita hari ini.. di permulaan kisah ini ditunjukkan KEDUDUKAN watak ayu yang sedang mabuk diluar surau yang nampaknya terlalu hina manakala ustaz Arman pula berada di surau yang mana keadaannya ustaz itu berada di tempat yang baik disi Allah..seorang yang warak..dan apabila kita perhatikan di akhir kisah ini, kita dapat lihat KEDUDUKAN 2 orang watak ini berbeza @ boleh dikatakan BERTUKAR SEBALIKNYA..
dimana Ayu yang sudah sedar akan kesilapannya berada di surau dan Ustaz Arman diluar surau dengan keadaan yang cukup mengaibkan sekali dimana die ditangkap berkhalwat dengan Veeda( adik Ayu)..
pengajaran yang saya dapat lihat daripada kisah ini ialah
kita tidak perlu memandang hina kepada orang lain yang melakukan kesilapan walau sebesar manapun kesalahan yang dilakukan..kita bukanlah hakim yang terbaik untuk menghukum mereka..biarlah Allah yang menetukan segalanya..
sebabnya kita tak tahu dimana kita akan berada, pa yang kita akan jadi pada 2 3 tahun akan datang...@ mungkin 1 jam dari sekarang...
kita insan biasa..xlayak nak judge orang lain semudah itu...
dan tak mustahil juga, orang yang kita hina, pandang rendah dahulu, martabat, ilmu dan imannya akn lebih tinggi daripada kita...semua itu caturan Allah untuk menguji hambanya...
hidayah itu milik Allah...banyak sebenarnya
Wallahuallam.

0 comments:
Post a Comment