ini adalah kisah sikap empati para sahabat Rasulullah S.A.W.
mari kita renungkan..
3 orang sahabat Nabi S.A.W., Ikrimah bin Abi Jahl, Suhail bin 'Amr dan al-Harits bin Hisyam, ditemui luka parah sesudah peperangan Yarmouk.
Ikrimah berasa kehausan, lalu seseorang membawakannya segelas airuntuknya. ketika die mengangkat gelas itu ke mulutnya, ia melihat Suhail bin 'Amr yang juga merintih kehausan. lalu die berkata, "berikan air ini untuk Suhail." Air itu lalu dibawa kepada Suhail. ketika ia hendak meminumnya, ia melihat al-Harits bin Hisyam juga cedera dan sedang kehausan. ia lalu berkata " berikan air ini untuk al -Harits." ketika air itu dibawa kepada al-Harits, ternyata sahabat Nabi itu telah meninggal dunia. orang yang membawa air itu segera berlari ke Suhail. ternyata ia pun sudah wafat. ketika ia berlari semula ke tempat Ikrimah, sahabat ini juga baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir.
ulasan:
pengorbanan yang saling dilahirkan oleh sahabat2 itu memang ternyata sangat menyentuh hati..yang mana akhirnya ketiga-tiganya meninggal dunia..
dapatkah kita mencari sahabat seperti ini dalam dunia yg sekarang ini??
ataupon bolehkah n mampukah kita menjadi seperti sahabat2 itu??
termasuklah diri ini...
mampukah aku??
mampukah kamu??
mampukah kita??
wallahualam..
0 comments:
Post a Comment